Thursday, December 2, 2010

PROMOSI SKll DIRUANG LEGAR KLCC

Replika Krismas dalam persiapan di KLCC
Macam biasalah, kalau sy ke KLCC, mesti akan singgah ke ruang legar nya dan melihat jika ada apa-apa promosi yang ada di sana. Kali ini, produk SKll pulak mengambil giliran dengan mengadakan promosi terhadap produk terbaru mereka. Walau bagaimanapun, ruang untuk mereka mempromosikan barangan mereka hanya di bahagian tepi ruang legar kerana di bahagian tengah pula ada persiapan replika untuk menyambut perayaan Krismas yang akan menjelma tidak lama lagi. Bila cakap pasal SKll ni sy teringat kepada Fauziah Latiff yang juga menggunakan produk dan menjadi duta mereka. Sy tak tahulah samada ianya berkesan atau tidak dalam mengelak penuaan tapi jika dilihat daripada Fauziah Latiff secara kasarnya memang nampak muda dan berseri. Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails