Saturday, December 18, 2010

SAHABAT OH SAHABAT

Dalam dunia ni, siapalah kita tanpa ibubapa kita. Siapalah kita tanpa saudara-mara kita. Siapalah kita tanpa rakan2 kita. Tidak kira dalam apa juga bentuknya, masing2 memerlukan diantara satu sama lain biar sekecil mana sekalipun bentuk keperluan itu. Sahabat2 kita kadangkala memainkan peranan dalam membentuk kehidupan kita disamping keluarga, sebab itu ada orang walaupun keluarga mereka mendidik dengan baik, bila bercampur dengan rakan2 yang tak baik, mereka terikut2 perangai rakan mereka yang tak baik tu……Terdetik sy satu pengalaman bersama rakan2 sy satu masa dulu yang mana sy katogerikan rakan sy ni sebagai rakan yang happy go lucky....
Dulu sy pernah bercamping di sebuah sungai bersama2 dengan rakan2 sekolah . Sy satu khemah dengan rakan sekelas sy. Malam tu sambil kami dok panaskan sausage sementara yang lain dah nyenyak tidur…..
“Kau dengar tak apa yang aku dengar” tanya rakan sy sambil memerhati sekeliling.
“Aku rasa aku tak dengar apa yang kau dengar” sy menjawab ikhlas.
“Memang itu yang aku dengar. Aku tak dengar apa-apa pun” sambil kami bergelak dengan lawak bodoh tu…sebenarnya nak tutup rasa takut sebab memang kami susah nak tidur malam tu.
“Tapi kau bau tak apa yang aku bau” tanya rakan sy lagi sambil membelek2 sausage yang dipanggang pada unggun api kecil didepan khemah kami.
“Aku rasa aku tau bau apa yang kau bau” aku menjawab seperti biasa sambil menunggu apa lawak bodoh yang rakan aku ingin sambung selepas tu..
“Memang pun kau takkan bau lagi sebab aku baru kentut dua das” kami gelak lagi sambil aku mengesot sedikit kerana bau pekat mula menyelubungi kawasan itu.
“Tapi kau nampak tak apa yang aku nampak?” tanya rakan aku lagi sambil kali ini sausage sudah berada di mulutnya.
“Aku rasa aku tak nampak apa yang kau nampak” sambil giliran aku pulak mengunyah sausage yang sudah hampir well done dipanggang tadi.
“Tapi aku nampak ada benda kat atas pokok tu macam melayang2 kesana kesini…….” Lantas kami berdua terus masuk ke dalam khemah dan memasang lampu dan menutup telinga dengan walkman sambil menutup mata dengan beg.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails