Tuesday, January 18, 2011

BAYANGKAN KEINDAHAN MALAM

Bayangkan…….
Anda sedang berkhemah di dalam hutan bersama kawan2 anda. Dah ok ke mood bayangkan tu. Kalau belum cuba lagi sampai anda dapat bayangkan. Orite, kita teruskan. Pada malamnya, anda akan membuat unggun api dan semua rakan2 anda akan duduk mengelilingi unggun api sambil menyanyi, bermain gitar atau membakar ikan ke, ayam ke, sotong ke..buat bbq. Ok, dah dapat feel tu?
Bayangkan…..
Malam itu, suasana nya sungguh sepi, tiada kedengaran suara hirup pikuk kenderaan, tiada kedengaran kebisingan tv mahupun radio, tiada kedengaran jiran sebelah rumah berbual atau bergaduh..yang ada cuma suara-suara aliran sungai, bunyi2 cengkerik mendendangkan lagu malam. Unggun api semakin lama semakin malap, semakin suram namun cahaya bulan sudah cukup untuk menerangi setiap pelusuk malam bumi. Rakan-rakan anda sudah mula dibuai mimpi2 indah, mungkin kerana keletihan atau mungkin kerana terlena dengan keindahan hutan. Anda merenung bulan. Anda melihat bintang yang berkerlipan dan berkedipan seolah2 menemani anda. Sekali sekala angin malam menyapa dan menghembus singgah di persisiran pipi anda. Sekali sekala anda rasa seperti bulan sedang memerhatikan anda. Sekali sekali anda rasa awan seperti menari-nari mengiringi rentak angin. Sekali sekala anda rasa anda berada di satu dunia yang lain, dunia yang penuh dengan ketenangan.. bulan dan bintang bagi anda seperti berada di depan anda sedangkan hakikatnya jauh beribu batu. Suara2 hutan cukup tenang, cukup melentukkan mata dan telinga anda……tiba-tiba
“Man..sudah-sudahlah tu Man. Jom masuk rumah tidur. Luar banyak nyamuk. Esok-esok jelah sambung camping. Masa sekolah dulu2 tak nak masuk pengakap, ni dah tua bangka baru nak main camping2…”

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails