Friday, January 21, 2011

CERITA BEST PUNYA

Tak tahulah samada sabotaj atau memang line teruk tapi sejak 2,3 hari kebelakangan ni, memang line internet teruk betul…bukan setakat nak buat entry, nak buat blogwalking pun boleh lawat 2,3 blog je, lepas tu dia hang macam tu je. Rasa macam nak hempas je tapi tak nampak pulak barang sekeliling yang patut di hempas kecuali diri sendiri. Anyway, nak tak nak, kenalah sy draft dulu entry kat dalam words dan bila line ok, terus je copy dan paste dan terus post, tapi rasa tak seronoklah sebab sy lebih thrill menaip spontan…..
Lepas pagi-pagi menerjah KLCC, petangnya pulak sy menerjah Summit USJ dan meninjau2 persiapan diorang menyambut Tahun Baru Cina…nampaknya belum banyak yang siap, ruang legar dia punya decoration dah macam zaman-zaman opera cina siap dengan air fountain sekali..ada gunung dengan rumah. Maybe ada pertunjukan opera cina kot nanti.. Teringat sy masa kerja di Segamat dulu. Kawan serumah saya beria-ria ajak sy tengok wayang, katanya cerita memang best giler..sy cakap tak laratlah, tapi bila dia kata dia belanja..serta merta jadi rajin. Lepas drive ke Bandar segamat, dia pun parking satu tempat dan mengajak sy berjalan, punyalah haru dia ajak sy tengok opera cina … yang hairannya, dia boleh ternganga tengok opera tu…wakaka.

2 comments:

  1. kena maintenance kot computer tue..dh berat kot.. try guna software ccleaner.bersihkan komputer.. kalo tenet lambat tue masalah internet service provider..

    http://filehippo.com/download_ccleaner/

    ReplyDelete
  2. RuSh D - thanks, nanti sy cuba. Tak tahulah apa punca, cuma memang selalu hang.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails