Tuesday, December 27, 2011

HO HO HO

Jam giler masuk Subang Parade
Panjang betul cuti..rasa kemalasan betul nak memulakan kerja hari ni tapi terpaksa jugak meneruskan kerana tak ada kerja tak ada gaji...lagipun, kerja beberapa hari dah cuti balik..ahaksss. Bulan yang paling sy suka ialah bulan December dan Januari sebab banyak cuti selain Hari Raya yang boleh cuti panjang...
So apa aktivitas you all? Pasti yang bekeluarga banyak yg bercuti berjalan2, tapi mungkin sebab musim hujan, ada yang lebih kepada berwindow shopping dan berjalan2 ke shopping mall, termasuk sekali dengan sy. Lokasi sy lebih tertumpu kepada area Shah Alam dan Subang Jaya..Kalau KL tu takut tersangkut banjir kilat..ahaksss.
Ruang legar Subang Parade
Macam dulu2, sy paling suka ambil gambar di ruang legar kerana tiap2 occasion pasti ada saja perubahan yang cantik2 diorang buat untuk menarik pelanggan dan pengunjung ke shopping mall mereka. Sy sempatlah berjalan2 di Subang Parade dan sekitarnya. Memang ramai pengunjung, maybe tak ramai yang balik kampung atau bercuti jauh2, jadi jalan nak masuk ke Subang Parade pun jam giler, lagilah dia pi tutup satu entry masuk ke parking...
Emm tgk jelah kat MPH
Dalam banyak yg tinjau situ tinjau sini, sy boleh tertarik masuk ke MPH bookstore...lawak betul, dan buku yang pertama sy ambik ialah buku berkenaan hiasan dalaman rumah. Memang sy suka tgk hiasan2 dan senireka serta susun atur dalaman..kdg2 bila tgk cerita deko-deko ke, seni hias..memang teruja bila tgk perubahan yang dibuat. Kalau di rumah, setiap sebulan sekali pasti susun atur akan berubah.. tapi sejak dua menjak ni sy dah mula malas, penat kerja kot..hahaha.
Kalau anda pergi mana2 pun, baik Carrefour, Tesco, Giant, Jusco, Subang Parade atau mana2 parade, pasti ada jualan sana sini, macam yang telah sy war war kan pada entry sy yang lepas di mana jualan jusco sehingga 70% bagi barangan berjenama. So kemana anda cuti yang lalu?
Malamnya pulak, ada pulak jiran yang menyambut Krismas ajak datang makan kat rumah dia tapi sebab sy ada hal pada malamnya, maka tak dapatlah sy nak menjamu selera...Selalunya kalau tiap2 tahun, rumah dia meriah siap sampai ada lagu bangra lagi..hahaha..tapi tahun ni dia tak buat dah, pukul 11 dah shut down dah.... Till next time

1 comment:

  1. kakCT ke KL sabtu tu...machet sana sini. ke KL pun sesak ke JB pun sesak. sesak nafas dok dlm kete.

    duduk rumah lagi syok!!!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails