Tuesday, January 3, 2012

BERSANTAI DI AWAL TAHUN 2012

Jualan BONIA di SACC Mall
Oleh kerana tahun baru jatuh pada hari Ahad, maka cuti di anjak ke hari Isnin... cuti lagi :-) Apa lagi, kita santai2 jelah selagi ada cuti ni...So kemanakah gerangannya kaki ini melangkah? Mula2 sy menapak ke IKEA Damansara. Buat apa kesana? Soalan yang bagus..Jawapannya memang saja2 je nak kesana sebab dah lama tak kesana. Nak tengok juga idea2 baru untuk decorate rumah bila kita ke IKEA.. Paling sy suka dengan perabut putihnya tidak kira apa jenis samada di dapur, ruang tamu mahupun bilik tidur sebab sy suka berkonsepkan Inggeris..ahaksss tapi kadang2 tu bila tengok warna merah, menarik jugak... Memang ramai orang di IKEA, nak parking hampir setengah jam baru dapat. Ada yang jenis kurang sivik, main pakai masuk je walaupun kita dah bagi signal dulu nak masuk parking...siap kita hon dia boleh buat2 tak dengar je. Kalau di IKEA ni, sy memang tak lepas peluang nak makan kat food court dia, selalu sy makan yang meat ball tu..tapi nak beratur order makan punyalah panjang...
Lepas berpenat lelah mencuci mata melihat design dan corak2 serta decorasi rumah di IKEA dan membeli sedikit apa yang sy rasa perlu, sy pun bertandang pula ke SACC Mall Shah Alam. Ada jualan habis habisan barangan branded Bonia dan seangkatan dengannya seperti polo dan lain2. Jualan hingga 50% you... memang penuh orang berlumba2 membeli dan ada jugak hadiah percuma bagi barangan rm100 keatas... tapi minta maaf lah, jualan tu last day dia hari ni 2hb Januari 2012..Ada jugak kedai yang masih tutup kerana menyambut tahun baru... so untuk tahun 2012 ini, lets get blogging...ahaksss.

4 comments:

  1. sy jugak dah lama x ke IKEA....
    ermmm...

    ReplyDelete
  2. shopping jgn tak shopping ek..hehhehe

    ReplyDelete
  3. awak! blanje saye kabinet ikea! lalala~

    dill.

    ReplyDelete
  4. Eh, sama la. saya pun suka perabot warna putih. :)
    Ye... Mari kita buat entry banyak2 untuk 2012 ni. Hehehe

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails