Sunday, January 1, 2012

HYE HYE 2012, BYE BYE 2011

Saja je tulis tajuk English sebab kalau tulis tajuk melayu jadi panjang..anyway, maknanya tetap sama. Selamat datang tahun 2012 dan selamat tinggal tahun 2011. Bermulalah lagi satu tahun yang penuh dengan azam dan impian baru. Tinggalkan tahun 2011 dengan segala azam yang sudah tercapai mahupun setengah ataupun suku darinya..yang penting kita berusaha untuk menjadikan azam kita satu realiti, bukan setakat azam dimulut saja. 
Tahun 2011 boleh sy katakan bagi diri sy tahun yang penuh dengan pelbagai kenangan manis dan jugak pahit, suka dan duka sentiasa silih berganti tidak kira dari segi apa pun samada kerjaya mahupun kehidupan dan tidak  dilupakan dunia blogging...hampir2 sy tenggelam meninggalkan dunia blogging..ahaksss.
Orang kata bila melangkah ke tahun baru, maka meningkat jugak umur kita setahun. Bila makin meningkat umur kita. maka secara teorinya makin matanglah pemikiran dan perbuatan kita..setiap tahun baru pasti akan diekori dengan azam baru..biarpun azam lama masih belum tercapai, tapi yang penting kita berazam untuk memberi motivasi pada diri sendiri kearah yang lebih baik.

Tatkala sy menulis entry ni, sudah kedengaran bunyi mercun dari segenap pelusuk. Diluar tingkap, sy boleh lihat percikan bunga api dan mercun yang sy rasa dari arah Shah Alam yang bertalu2 tanda menyambut ketibaan tahun 2012..Ada yang menunggu untuk melihat kemeriahan dan keseronokan percikan bunga api berkilauan memercik di langit..ada jugak yang sudah tidur kerana esoknya hari kerja. Walau apa pun keadaannya, itulah kehidupan kita tidak kira apa tahun sekalipun.
Untuk semua rakan bloggers, Jom Santai Sekejap mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012

4 comments:

  1. Selamat tahun baru untuk JSS jugak.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru, awak :)

    dill.

    ReplyDelete
  3. cik azz - selamat tahun baru..semuga ceria selalu

    dill - awk...happy new year..ahaksss selamat tahun baru semuga sentiasa happy selalu

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails