Wednesday, April 11, 2012

SAKIT TU DATANG BALIK

Kadang-kadang bila hari kerja, idea datang tapi tak sempat nak kita menaip sebab sibuk, tetapi bila masa kita tak sibuk seperti hari ini dimana tengah bercuti, idea pulak tak ada.....Takkan nak taip entry pasal tak ada idea? Rasanya dah berpuluh2 tajuk tu keluar tidak kira daripada sy mahupun rakan bloggers yang lain sebab memang perkara itu pasti akan berlaku....Kata orang otak dah jam sekejap.
Anyway, oleh kerana sejak dua menjak di, kalau menjelang petang dan malam aje, pasti hujan, maka sy nak cerita sikit pasal hujan..Kisah macam mana sy terperangkap dalam hujan lebat.
Masa tu sy dengan dua orang lagi sepupu sy sedang mencari buah durian di kampung kami di segamat. Memang tengah musim durian. Oleh kerana dalam kebun, maka taklah kami perasan hari dah nak hujan. Dalam sekelip mata, tiba2 hujan turun dengan lebatnya dan kami pun berteduh di bawah pondok buruk khas untuk menunggu durian jatuh. Daripada hujan lebat tadi, langit menjadi gelap dan ribut petir menyambar2.. Perghh memang kecut perut kami bertiga, nak lari redah..nanti lain pulak jadinya. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu sehingga hujan reda...lain kami harap, lain pulak jadinya. Kawasan kebun kami mula di naiki air, tapi tak adalah naik tinggi cuma sekadar paras buku lali je..ahaksss tapi ketakutan tu tetap ada... Penantian kami akhirnya berhasil dan hujan mula berhenti tapi ketakutan kami mengalami keadaan hujan lebat tu tak dapat kami lupakan.... Sampai sekarang, salah seorang sepupu sy takut dan tak suka dengan hujan....

2 comments:

  1. Betol2...kekadang tgh menumis idea dtg...takkan nak berhenti kan...hanguslah jawabnya. Bila sdg relak...hampa kosong belaka. rewind2 idea takmo mari...apa pon tak boleh.

    ReplyDelete
  2. Jom makan duriannnnnn..... Kak ct... Meh laaaa

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails