Sunday, May 26, 2013

PEKENA NASI KANDAR DI RESTORAN PELITA

Hari minggu yg lepas mood nak makan tu memang tak ada... Biasanya bila tiba weekend je dah tau dah kemana tujuan nak makan tapi minggu lepas blur sikit..So dalam blur2 tu tersinggah jugak sy di Restoran Pelita di Plaza Shah Alam atau Plaza Massalam dan kali ni sy pekena nasi kandar..Sy tambah lauk kambing dengan sotong serta sayur kacang panjang dan jugak teh tarik...Perghhh licin pinggan. Memang sekali sekala bila makan nasi kandar ni memang berselera sekali. 
Hari minggu tu jugak sy sempat membeli pokok bunga ros di SACC Mall. Walaupun kalau ikut daripada pengalaman yang lepas2, cuma pokok bunga ros aje yang sy rasa macam tak serasi ..asal tanam je mati asal tanam je mati pokok tu, tapi kali ni sy cuba sekali lagi..mana tau boleh tumbuh dengan mekarnya..So kali ini sy terus beli 3 warna iaitu kuning, pink dan merah...ahaksss. Nak tengok menjadi atau tidak, kita tengok dalam bebrapa minggu lagi..

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails